Kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah
saya?
irama lagu menghitung hari dendangan krisdayanti mengisi kesunyian rasa di jiwa.
Lagu
yang dahulunya mampu membuat air mata asha menitis bila mengenangkan hubungan
percintaannya dengan zarul. Namun, semuanya hanya tinggal kenangan. Hubungan
yang dirasakan akan berakhir di jinjang pelamin akhirnya putus jua di tengah
jalan. Apa lagi hendak dikata. Andai itu takdirnya, asha pasrah dgn ketentuan.
“asha,
mama tgk asha dah makin kurus dah. Kenapa ni sayang? Asha tak boleh terus macam
ni. Mama rindu nak tengok asha yang dulu. Asha yang ceria, suka ketawa dan
nakal.” Hati ibu mana yang tidak tersentuh melihat anak perempuannya terluka
akibat seorang lelaki. Asha sudah jarang keluar dari biliknya sejak hubungan
cintanya dengan zarul putus. Walaupun sudah 2 minggu peristiwa itu berlalu tapi
luka dihati asha masih berdarah, masih membara walau tidak sehangat dulu.
“asha
ok ja mama. Cuma asha masih tak dapat nak lupa apa yang zarul buat kat asha ma.
Hati asha sakit sangat. asha sendiri pun tak tahu mana salah asha. Semuanya
berlaku tanpa asha duga.”
“asha,
itu semua dugaan. Asha kena tabah. Tak semua perhubungan akan berjaya. Lagi pun
zarul tu dah banyak kali lukakan hati asha. Mama rasa ini jalan terbaik yang
asha ada. Keputusan asha untuk putus dengan dia tu tak salah. Zarul tak layak dapat gadis sebaik
asha. Asha dengar cakap mama ye sayang. Kita makan ye? Mama ada masak lauk
kegemaran asha, kerabu nangka.”
“
mama makan la dulu dengan adik-adik. Kalau asha lapar nanti asha turun. Ma,
asha ingat asha nak pergi bercuti la ma. Asha nk tenangkan fikiran. Boleh tak
mama?”
“
emmm...kalau asha rase itu adalah yang terbaik untuk asha mama tak boleh nak
larang. Tapi asha betul-betul ke dah okay?” walaupun asha menegaskan yang die
telah semakin boleh menerima tetapi jauh di lubuk hati mamanya die tahu asha
masih kecewa. Namun die juga tahu yang anak gadisnya ini seorang yang tabah dan
kuat untuk mengharungi dugaan. Jika asha mampu untuk menghadapi kehilangan
insane yang paling die sayang dahulu, kenapa bukan kali ini? Asha telah
kehilangan ayah yang sangat rapat dengannya. Seorang ayah yang sentiasa
memberikan yang terbaik untuk asha. Seorang ayah yang percaya kepada kebolehan
dan kemampuan asha. Bagi asha dialah ayah yang terbaik.
“asha
dah okay mama. asha rase mama betul. Buat apa asha nak fikir lagi tentang orang
yang tak pernah fikirkan asha. Asha tak rugi apa-apa pun dalam hal ini. Dia
yang rugi sebab kehilangan orang yang betul-betul sayangkan dia.” Asha
melemparkan senyuman kepada mamanya. Manis senyuman itu. Mamanya juga kini
mampu tersenyum. Semoga anaknya ini mampu mencapai bahagia. Hanya itu yang
diharapkan oleh mamanya.
“Alhamdulillah.
Mama senang hati tengok anak mama dah boleh senyum. Kan manis tu.” Kedua-dua
mereka senyum dan asha memeluk erat mama kesayangannya.
*****************
Nyamannya
udara di tepi pantai pulau perhentian ini, senyaman hati asha disaat itu. Asha
kini sudah tidak mahu lagi memikirkan pasal cinta yang baginya hanya membuang
masa sahaja. Dia sudah nekad untuk tumpukan pada kerjayanya yang semakin
meningkat. Keputusan asha untuk bercuti di pulau perhentian ini dirasakan suatu keputusan yang tepat. Di
sini dia dapat menenangkan fikiran sambil memikirkan apa yang ingin dilakukannya
pada masa hadapan. Fokusnya sekarang hanya kerjaya dan keluarga. Asha menarik
nafas dalam-dalam sambil menikmati angin yang berhembus di balkoni biliknya.
Asha telah memilih untuk menginap di resort yang menghadap laut yang luas
terbentang. Keadaan yang cukup untuk memberi pemandangan yang memukau mata.
Sambil itu asha beristighfar di dalam hati. ‘indahnya ciptaan allah. Aku
bersyukur menjadi hambamu yang sempurna pancaindera dan masih mampu menikmati
keindahan ciptaanMu.’
Sambil
asha leka menikmati keasyikan itu dia dapat melihat seorang jejaka yang berlari
ke arah biliknya. Seram sejuk juga dibuatnya.
“cik,
boleh saya pakai bilik air kejap. Saya dah tak tahan ni cik.” Rupa-rupanya
itulah tujuan jejaka tadi berlari kea rah biliknya.
“hah?
Awak ni kenapa? Dah gila ke? Kenapa tak pergi je kat lobi resort atau balik
ja bilik awak?” asha begitu terkejut
dengan permintaan jejaka tersebut sehingga die telah meninggikan suara dengan
tidak sengaja.
“saya
tak sewa bilik pun kat sini. Saya balik terus kejap lagi. Lobi jauh sangat la
cik. Tolong la. Saya dah xboleh tahan ni cik. Please.” Terdesak sungguh suara
jejaka tersebut. Asha merasa kesian melihat jejaka tersebut.
“ish
awak ni. Macam-macam lah. Pergi la masuk. Cepat sikit. Saya pown dah
mengantu....k ni.” Jejaka tersebut terus melulu masuk ke dalam bilik milik asha
tanpa sempat asha menghabiskan ayatnya. ‘urgent betul tu.’ Bicara asha di dalam
hati sambil ketawa perlahan. Takut juga jejaka tu terdengar nanti. ‘tak senonoh
betul la mamat tu. Dengan berseluar pendeknya, baju pown tak pakai. Kalau orang
Nampak ni, mahunya aku dituduh buat maksiat. Ish. Simpang malaikat 44. Tapi
kalau tengok betul-betul handsome jugak dia tuh..hihi’ kring..!!! kring..!!!
lamunan asha akhirnya dikejutkan oleh deringan telefon bimbitnya. ‘alamak!
Handphone kat dalam la pulak. Nak masuk ke xnak ni. Law masuk kang kena tangkap
khalwat memang mati aku. Adoi. Ah! Masuk ja la.”
Asha
melihat skrin telefon bimbitnya tertera nama mamanya. Dengan senyuman terukir
di wajah asha menekan kekunci hijau di telefon bimbitnya.
“hello
ma. Assalamualaikum.”
“waalaikumussalam
asha. Asha macam mana? Ok?”
“asha
ok je mama. seronok datang sini. Cantik sangat ma pulau ni.nanti kita datang
sama-sama ye ma.”
“
bagus la kalau anak mama dah ok. Asha bila nak balik sini? Adik-adik dah rindu
asha dah ni.”
“aik?
Adik je yang rindu? Mama tak rindu asha dah?”
“asha
ni. Mama sentiasa rindu anak mama ni. Cepat balik ye sayang.”
“hehe..asha
tahu mama mesti rindu asha punya. Pasal balik tu tengok la dulu macam mana
nanti. Asha seronok kat sini. Nanti 2, 3 hari lagi asha balik la.” Bang!!!
“astaghfirullahalazim!”
“bunyi
apa tu asha?”
“huhh!!
Bunyi pintu tertutup mama.terkejut asha.angin kuat sangat.”
“ok
la. Mama Cuma harap asha pandai-pandai la jaga diri kat sana. Jangan buat benda
bukan-bukan plak.”
“orite
mama. mama jangan risau. I love you ma.”
“ok.
I love you too. Bye asha. Assalamualaikum.”
“bye
mama. waalaikumussalam.”
Asha
tersenyum sendiri. Mamanya tak habis-habis risaukan dirinya. Oppppssss! baru
asha teringat tentang pemuda yang sedang menggunakan bilik airnya. ‘apa yang
dibuatnya dalam bilik air aku? Lama sangat. kata kejap ja. Aku dah la mengantuk
ni.’
Tiba-tiba
asha mendengar ketukan pintu dari luar biliknya. ‘haa..room service!’ fikir
asha kerana td die ada menelefon untuk memesan makanan. Malas pulak rasanya die
hendak keluar makan di restoran. Dia melangkah untuk membuka pintu dan serentak
die memulas tombol pintu biliknya, die terdengar pintu bilik air dibuka. Asha
tidak menghiraukan bunyi dari bilik air itu kerana dia lebih terkejut melihat
beberapa orang yang berada di hadapan pintu biliknya.
“assalamualaikum
cik. Kami dari jabatan agama islam. Cik berdua je ke dalam bilik ni?”
“ err..err...kami...kami...kami tak buat apa-apa encik. Dia hanya tumpang bilik air saya.” Asha cuba membela diri walaupun die tahu nasib mungkin tidak berpihak padanya.
“awak!
Cepat la jelaskan. Bagitahu la perkara sebenar.” Asha meminta agar jejaka
tersebut turut membela diri.
“
betul encik. Kami berdua tak buat apa-apa. Saya tak kenal pun cik ni. Saya
hanya tumpang toilet dia.”
“
betul hanya kamu berdua saja dalam bilik ni?” beberapa orang pegawai tersebut
masih tidak berpuas hati kerana mereka tidak menjawab persoalannya.
Dengan
suara yang tersekat-sekat asha menjawab “ya encik. Tapi kami tak buat apa-apa.
Sumpah encik.” Akhirnya air mata gugur jua. Yang ada dalam fikirannya sekarang
hanyalah wajah mamanya. Apa mamanya akan fikir nanti?
“
kamu berdua sila ikut kami ke pejabat ye.”
“
tapi encik....kami..”
“apa-apa
pun kita bincang kat pejabat. Cik ni nama apa?” belum sempat jejaka tersebut
ingin membela diri die telah dipaksa untuk mengikut pegawai-pegawai tersebut ke
jabatan agama.
“asha”
hanya satu perkataan saja yang menyusur keluar dari mulut gadis itu.
“encik
ni pulak?”
“
saya adam” jawapan yang diberikan adam lebih tenang, tapi gelodak di jiwa tiada
siapa yang tahu.
Bagaikan
dipanah halilintar. Jantung terasa bagai luruh ke tanah. Tiada kata-kata yang
mampu asha luahkan. Hanya air mata yang menjadi teman.
Adam
juga turut merasa menyesal. Kalau la dia rajinkan sedikit kakinya untuk ke
toilet lobi, perkara ini tidak mungkin akan terjadi. Sekuat-kuat mana pun
lelaki, akhirnya air mata adam jatuh juga. Cepat-cepat die menyeka air mata
tersebut dari terus mengalir.
****************
“papa tak sangka kamu sanggup buat kerja terkutuk macam tu adam. Papa hantar kamu belajar tinggi-tinggi, ini yang kamu balas kat papa?” marah betul encik ridzuan dengan berita itu. Adam xpernah melihat papanya marah sampai macam ni.
“
pa, adam tak buat papa. Adam tak bersalah. Berapa kali dah adam cakap kat papa
yang adam hanya tumpang toilet ja kat bilik perempuan tu.”
“
tak guna kamu nak bela diri sekarang adam. Nasi dah jadi bubur. Walau apa pun
papa nak kamu bertanggungjawab.”
“
bertanggungjawab? Tapi kenapa papa? Adam dengan dia tak buat apa-apa pun.
Bukannya dia mengandung pun. Kenapa adam kena bertanggungjawab?”
“
ini bukan sebab mengandung ke tidak. Ini pasal maruah keluarga kita adam. Mana
papa nak letak muka papa ni? Reputasi syarikat kita pun kamu nak kena jaga.
Macam-macam mana pun papa nak kamu kawin dengan asha.”
“
no papa. You can’t do this to me. I’m not even know her. How can I get married
with the girl yang adam tak kenal? Please papa.”
“
my decision is final. You have to marry her. Fullstop!”
Kemarahan
encik ridzuan sudah sampai ke kemuncaknya. Adam sudah tidak mampu melawan
kehendak angin papanya yang menggila. By hook or by crook adam terpaksa
menikahi asha. Tapi bagaimana dengan asha?
“mama,
kenapa asha tak pernah merasa bahagia ma? Tak layak kah asha untuk bahagia?
Kenapa setiap kali asha nk bahagia ada saja dugaan yang datang?” asha masih
menangis di atas riba mamanya. Terlalu berat dugaan ini untuk dipikulnya.
Terasa sakit sangat hidup ini.
“ma,
terima kasih ma kerana percayakan asha. Asha memang tak kenal pun dengan adam
tu.”
“
mama tahu anak mama takkan buat benda-benda macam tu. Mama dah didik anak mama
dengan ilmu agama yang cukup.”
“tapi
ma, asha xsanggup nak dengar cacian masyarakat. Mama tolong la asha.” Semakin
lebat air mata asha mengalir. Bagai tidak dapat diseka lagi. Dia memeluk erat
mamanya. Mencari sedikit kekuatan untuk dia teruskan hidup.
“asha,
tadi ayah adam ada call mama. dia...dia..”
“dia
nak apa ma? Nak salahkan asha?”
“tak,
bukan macam tu. Dia nak asha kawin dengan adam.” Tersentak asha mendengar permintaan itu.
“asha
tak nak kawin.” Asha menolak tanpa berfikir panjang. Baginya cukup la
perkenalan die dengan adam hanya sampai di situ sahaja. Dia sudah tidak mahu
lagi mempunyai kaitan dengan lelaki yang bernama adam haikal bin ridzuan. Cukup
la lelaki itu telak merubah paksi hidupnya 360 darjah pada hari pertama mereka
bertemu.
“asha...asha
tak nak fikir dulu ke? Lagi pun mama tengok adam tu macam baik. Masa die jumpa
mama semalam pun die mintak maaf ngan mama elok ja.”
“mama,
asha xpernah kenal adam tu. Macam mana asha nak kwin dengan dia?”
“itu
bukan masalah sayang. Kamu boleh kenal dia lepas kawin nanti. Mama dengan abah
pown tak kenal sebelum kawin.”
“ma...”
“mama
tak mahu paksa asha tapi mama harap asha boleh terima sebab mama tak sanggup
nak dengar orang cakap buruk pasal asha.” Air mata seorang ibu menitis jua.
“mama..mama
tolong jangan letak asha dalam keadaan serba salah ma.”
“asha
fikir-fikir dulu ye sayang. Demi mama. demi masa depan asha.” Mamanya terus
berlalu meninggalkan asha sendiri di dalam bilik tidurnya. Asha terus menangis.
Baru sahaja air matanya reda dek kerana peristiwa dengan zarul kini air matanya
gugur kembali. Wahai air mata, bila la kamu akan berhenti mengalir?
***************
Suasana malam itu jadi sunyi selepas semua tetamu meninggalkan majlis akad nikah antara adam dan asha. Terasa malam juga mengerti kesunyian di hati dua insan itu. Asha masih berdiri di beranda biliknya. Bilik pengantin yang dihias cantik tidak sedikit pun bisa mengubat hatinya. ‘betul ke keputusan aku?’ soalan yang tidak henti-henti bermain di dalam minda asha. Tak pernah terlintas di fikirannya untuk menamatkan zaman bujangnya pada waktu yang paling sukar dalam hidupnya. Waktu yang dia masih mencuba untuk melupakan peristiwa itu.
“
saya rase awak dah berubah. Awak dah makin jauh dari saya. Kenapa? Saya ada
buat salah ke?” separuh merayu asha kepada zarul untuk mendapatkan penjelasan.
Sejak zarul bertukar tempat kerja, hubungan mereka sudah semakin renggang. Jauh
di mata tetapi juga jauh di hati.
“
ya. Mmg saya mengaku saya dah berubah. Saya pun tak tahu kenapa. Saya tak tahu
nak jelaskan bagaimana.”
“
hati awak pun berubah? Cinta awak pun?”
“entah.
saya tak tahu.” Mudah. Sangat mudah jawapan itu keluar dari mulut seorang
lelaki yang sangat asha hormati dan sanjumgi. Betapa hancurnya hati asha disaat
itu. Ketenangan di wajah zarul membuatkan hati asha semakin ditimpa taufan.
Semakin tak keruan.
“tolong
la jelaskan. Saya dah tak sanggup lagi.”
“I
think u can get someone better than me even I know I can’t get someone better
than you. Please go on with your life. If you found someone better I’ll be
happy for u. same goes to me if I found a suitable love for me.” Lajunya ayat
itu meluncur keluar ibarat tidak pernah ada lansung cinta di hati zarul.
‘Haruskah aku diperlakukan begini setelah aku memberikan sepenuh cinta dan
sayang aku kepada kau. Tidak pernah kah kau hargai sedikit perasaan aku? Kenapa
susah untuk kau mengerti bahawa tidak ada insan lain yang mampu mengganti
tempat kau dihati aku? Senangnya kau lafazkan kata-kata itu tanpa memikirkan
perasaan aku.’ Kata-kata yang hanya kekal sebagai monolog dlm hati asha. Asha
nampak sangat tenang.
“so,
we are over?”
“yes..i’m
sorry.” Terasa bagai kaki sudah tidak kuat untuk terus berdiri selepas mendengar
jawapan itu. Suatu badan terasa bagai tidak berdarah. Nafas yang dihela terasa
tersekat-sekat. Ya allah. Kuatkan hambaMu ini. Hidup yang dibina bertahun-tahun
terasa bagai telah musnah hanya dengan satu ayat sahaja.
“
okay. Thanks untuk segalanya.selamat tinggal zarul.” Asha menerima sahaja
keputusan zarul tanpa merayu atau meraih simpati. Biarlah. Tidak guna untuk dia
teruskan hidup dengan orang yang tidak menyayanginya sepenuh hati. Ini bukan
kali pertama hati asha disakiti. Sudah berkali-kali. Namun, asha hanya sabar
dan menanti dengan harapan suatu hari nanti die mampu mendapat sepenuh cinta
dari zarul. Penantian hanya tinggal penantian. Kesabaran hanya sebagai penguat
iman. Tiada apa yang dia dapat dari segala yang dia korbankan kecuali kata
perpisahan. Pedih, sakit, berdarah, tetap harus diterima. Pahit mana pun tetap
harus ditelan juga. Betul la orang cakap cinta tidak semestinya saling
memiliki.
“thanks
jugak untuk asha.bye.”
Lamunan asha terhenti bila mendengar suara seseorang memberi salam. Dia melihat suatu susuk yang asing dalam hidupnya dahulu. Adam kini telah sah menjadi suaminya. Mahu atau tidak die harus menerima. Ini jalan yang dia telah pilih.
“asha..”
panggil adam dgn suara yang lembut. Asha dapat menghidu ketenangan dalam nada
itu.
“ye
saya. Ada apa?”
“mari
duduk sini. Adam nak cakap sikit dengan asha.”
Asha
melangkah dan duduk di atas katil menghadap adam. Baju kebaya yang bersulam
labuci dan tudung masih kemas di badan asha. Sungguh sugul wajah comel itu.
Suasana diam seketika sebelum adam memulakan bicara.
“asha..sekarang
asha dah jadi isteri adam. Asha betul-betul rela ke atau mama yang paksa asha?”
“asha
yang buat keputusan ni. Adam pulak? Papa paksa kawin sebab nk jaga reputasi
syarikan kan?”
“secara
jujurnya memang betul papa yang suruh adam kawin dengan asha. Tapi asha jangan
risau. Sekarang asha isteri adam. Adam akan hormat asha. Adam faham situasi
kita. Dan adam tak akan mintak lebih dari asha. Cukup sekadar asha hormati adam
sebagai suami.”
“
asha tahu tanggungjawab asha. cuma asha nk minta maaf awal-awal dengan adam.
Asha masih belum bersedia untuk...”
“
shhhh....its ok..adam faham. Adam pun tak mahu terburu-buru. Kita mula sebagai
kawan. Apa kata asha?”
“
ok..terima kasih adam sebab faham asha.” tulusnya hati seorang suami dapat
dilihat dari gaya adam walaupun perkahwinan ini bukan lah pilihannya. Asha
bersyukur kerana adam menerimanya dengan baik. Tidak seperti cerita di dalam
novel-novel yang asha baca. Bila sahaja kawin paksa mesti si suami membenci
isteri dan melayan dengan buruk. Asha juga lega kerana adam mengerti
kehendaknya untuk tidak mahu terburu-buru dalam menjalani hidup suami-isteri
yang sepatutnya. Maklum la, malam pertama.
“
adam, asha nk tido kat mana ni?” adam tiba-tiba tergelak mendengar pertanyaan
asha. asha telah memuncungkan bibirnya ke depan tanda tidak puas hati dengan
tindakan adam. ‘comel’ bisik hati adam.
“asha
tidur la kat atas katil. Adam tidur kat sofa.”
“
er..tak pe lah. Adam tidur la kat atas katil jugak tp kat tengah-tengah kita
letak bantal. Ok? Lagi pun katil ni luas. Lain la kalau adam tidur macam kerbau
berkubang kat bendang.” Ketawa kedua-duanya pecah juga. Adam dan asha semakin
boleh menerima ketentuan yang ditakdirkan untuk mereka. Suka atau tidak, mereka
tetap suami isteri. Tidak haram andainya mereka tidur di atas satu katil yang
sama.
“
kot iya pun penat, bukak la tudung dulu puan asha oi..baju pun tak tukar lagi.
Takkan nk terus tidur kot.”
Asha
sudah tersengih-sengih dengan muka yang menahan malu. “ awak dah tukar baju ye?
Bila masa awak tukar?”
“saya
tukar kat bilik tetamu tadi.”
“oh..okay..awak
keluar la dulu. Saya nk tukar baju ni.”
“alaaa..malas
la..saya dah megantuk tahu tak.” Sahaja adam nak mengusik isterinya itu.
“
esh awak ni. Takkan saya nak tukar depan awak kot. Malu la saya. “
“
eh..apa salahnya? Xdosa kan?”
“
oh tidak! Tak mungkin. Jangan harap la awak nk tengok. Law nk sangat beli r
sendiri.” ‘eh, apa aku merepek ni? Ada jual ke? Haha’ asha terus mengambil baju
tidurnya dan masuk ke dalam bilik air untuk menukar baju. Adam sudah tergelak
besar melihat kelakuan isterinya yang dirasakan agak kelakar. ‘comel jugak
budak ni.’
***********
“papa. Adam ingat dua, tiga hari lagi adam nak pindah masuk kondo adam tu. Dah lama rasenya adam duduk kat umah ni.” Adam menyuarakan hasratnya kepada papanya sewaktu sarapan pada pagi itu. Adam sebelum ini tinggal di kondominium miliknya sebelum tinggal balik dengan papanya selepas mamanya meninggal dunia. Papa nya yang meminta begitu kerana berasa sunyi tinggal sendiri.
“papa
faham adam. Lagi pun adam pun dah kahwin. Adam berhak punya hidup sendiri. Asha
pun mesti lagi selesa kalau tinggal di rumah sendiri.” Encik ridzuan mengerti
kehendak anaknya. Asha yang dari td mendengar hanya diam sahaja. Tak mahu masuk
campur dalam perbincangan dua anak beranak itu kerana masih merasakan dirinya
orang luar dalam keluarga itu. Nasi lemak yang dibeli oleh adam untuk sarapan
pada pagi itu terasa sangat tawar untuk ditelan. Tidak tahu mengapa sedangkan
itu makanan kegemaran asha. jauh di sudut hatinya, asha merindui suasana
sarapan bersama keluarganya.
“asha..kenapa
diam ja?” Tanya encik ridzuan setelah menyedari bahawa menantunya itu hanya
berdiam diri dari tadi.
“
tak ada apa-apa papa. Asha Cuma rindukan family.” Asha berterus-terang dengan
bapa mertuanya. Encik ridzuan hanya mengangguk tanda mengerti perasaan gadis
muda itu. Adam pula senyap tidak terkata. Encik ridzuan yakin bahagia akan
menjadi milik anak menantunya itu. Dia sangat kenal dengan anaknya. Adam tidak
akan menyakiti hati seorang wanita. Asha pula dilihat sangat menghormati adam.
Semoga ada cinta bercambah di hati mereka.
“ini
yang awak panggil rumahku syurgaku encik adam?” perli asha bila melihat keadaan
kondo adam yang berhapuk dan tidak kemas.
“amboi..amboi..amboi..sedapnya
mulut. Biasala ni. Lagi pun dah berapa bulan dah adam tak duduk sini. Habuk
mesti la dimana-mana.” Balas adam tak mahu kalah.
“
ye la tu. Dah..dah.. awak tolong saya kemas ni. Mati la saya nak kemas
sorang-sorang.”
“baik
la tuan puteri.” Balas adam sambil tersenyum manja.
Mereka
sama-sama menyusun kembali perabot di
dalam kondo itu mengikut citarasa asha. adam hanya menurut sahaja. Malas die
nak membantah nanti jadi la pergaduhan-pergaduhan kecil. Asha bukan jenis yang
suka mengalah. Walaupun hanya beberapa hari menegenali asha, adam sudah cukup
faham dengan perangai asha yang pantang mengalah tu. Sifat asha yang itulah
membuat asha begitu menarik di mata adam. Alamak! Sudahkah ada cinta di hati
adam?
“
phewww...penat la..” keluh asha selepas selesai mengemas rumah.
“eleh,
baru sikit dah penat. Belum adam ajak pindah masuk banglo kat wangsa maju lagi
tuh.”
“hah?
Berapa puluh rumah awak ada ni?” adam dah tergelak kuat dengan soalan asha.
satu cubitan singgah dip aha adam.
“
adoii..tak da la sampai berpuluh-puluh. Itu semua rumah papa la. Adam ni kan
anak tunggal. Papa suruh pilih ja rumah mana adam nak.”
“
fuhh..nasib bek awak ni pandai. Pilih rumah yang kecil ja.”
“excuse
me! Rumah ni adam beli sendiri tau. Titik peluh adam tau. Lau ikut rumah yang
papa bagi memang banglo tu la rumah adam.”
“
betul ke beli sendiri? Macam tak percaya ja.” Asha sahaja nak menduga adam
sedangkan die tahu adam memang mampu untuk memiliki kondominium itu. Lebih dari
itu pun adam mampu.
“betul
la. Kalau asha tak percaya, asha Tanya la papa.”
“ok..ok..asha
percaya.”
Kedua-dua
pengantin baru itu duduk bersandar di sofa akibat kepenatan. Kalau nak dikira
memang agak luas juga kondo milik adam ini. Sebuah kondominium dilengkapi
dengan 4 buah bilik tdur, ruang dapur yang agak besar dan ruang tamu yang
eksklusif.
“adam,
dulu adam belajar kat mana?” pertanyaan asha merubah suasana yang senyap tadi.
“oh, dulu adam belajar kat UTM. Asha pulak?”
“asha
kat unimap. Adam ambil jurusan apa?”
“aerospace
engineering. Asha pun engineering jugak kan. Computer. Btul tak?”
“
aik? Macam mana adam tahu?” asha merasa pelik macm mana adam boleh tahu
sedangkan dia tidak pernah bercerita.
“ada
la..hendak seribu daya.” Jawapan adam bersahaja.
“
kalau dulu adam buat engineering kenapa kerja dlm bidang business?”
“
lepas adam habes buat engineering tu papa suruh adam sambung master dalam
business. Papa nak adam sendiri yang manage company dia.”
“ooo...macam
tu.” Asha membuat lagak seakan memahami. pelik betul si adam ni. Mana satu
entah minat dia.
“
asha bila start keje?” adam memulakan pertanyaannya.
“asha?
asha start keje minggu depan. Adam plak?”
“
adam tak kesah. Bila-bila masa boleh masuk keje. Esok pun boleh.”
“amboi.
Mentang-mentang la awak tu bos. Suka-suka hati ja.” Asha membalas sambil
mencekak pinggangnya. Lagak seorang bos member arahan kepada pekerjanya. Adam
sudah tergelak. Sejak asha menjadi suri hidupnya, adam sudah sering ketawa.
Terasa kehidupannya sedikit terisi dengan kehadiran asha.
“asha,
asha tukar tempat keje ja la. Keje dengan adam. Nak tak?”
“
hah? Keje dengan adam? Boleh. Tapi adam kena bayar asha dua kali ganda gaji
asha sekarang.” Gurau asha sambil tersengih-sengih.
“
berapa company asha bayar asha sekarang? Ingat adam tak boleh bayar ke?”
“eleh,
berlagaknya. Sekarang gaji asha RM5000.00. jadi adam kena bayar asha RM10000.00
la..wow!”
“mak
ai. Sepuluh ribu? Boleh. Tak ada masalah. Tapi keje tu merangkap setiausaha
adam sekali. Amacam? Deal?”
“adam
serius ke ni?”
“
ya allah. Betul la. Lagi pun tempat kerja asha jauh kan dari rumah kita ni.”
“urmmm...memang
la jauh. Tapi apa pulak staf-staf adam cakap nanti.nanti dia orang ingat asha
ni ambil kesempatan pulak.”
“
kenapa pulak nak ambil kesempatan? Asha bukannya tak ada kelayakan. Dah dah.
Adam wajibkan asha terima tawaran ini. Ok?” adam sudah seakan menggunakan
kuasanya sebagai suami. Asha hanya tunduk memandang lantai. ‘tapi ok jgak
tawaran adam ni. Aku pun dah malas nak menghadap muka pak guard gatal kat
company tu. Dah la muka tak handsome. Lebih baik aku menghadap muka adam ni.
Boleh la tahan. Ada gak la iras-iras awal ashaari. Rambut terpacak.’gumal asha
di dalam hati.
“ya
la. Asha terima. Tapi nak mintak extend cuti boleh?” asha membuat muka xtahu
malunya menghadap adam sambil tersengih-sengih menampakkan sususan gigi
putihnya. Sekali lagi ketawa adam tersembur. ‘asha..asha’
‘macam mana nak masak breakfast ni? Habuk pun tak ada. Dapur apa macam ni? Oppss..lupa pulak. Dapur terbiar la katakana.’ rungut asha dalam hati apabila melihat tidak ada apa-apa yang boleh dimasak di dapur rumah itu. Asha melangkah menuju ke bilik tidur untuk mengejutkan adam dari tidurnya yang lena.
“adam.
Adam...adam..!!!!!” jerit asha sambil menarik-narik kaki adam apabila
panggilannya tidak didengar oleh adam.
“ya..ya..
kenapa? Rumah terbakar?” jawab adam dalam keadaan mamai. Adam menggosok-gosok
matanya yang pedih.
“
banyak la awak rumah terbakar. Kalau rumah terbakar baik saya panggil bomba je.
Buat apa kejut awak. Awak, asha lapar ni. Jom la kita pergi sarapan. Asha nak
masak tapi tak ada apa-apa kat dapur puaka adam tu.” Asha meluahkan rasa tidak
puas hatinya. Adam memandang asha dengan penuh kasih sayang. Kesian pula dia
tengok asha ni. Mesti dah lapar sangat la tu.
“
alala..kesiannya. tuan puteri lapar ya? Kejap ya sayang, adam mandi dulu. Lepas
ni kita keluar makan ok.” Suatu kucupan singgah di pipi gebu asha. sambil
tergelak adam berlalu ke bilik air dan meninggalkan asha dengan muka yang
berapi. Sebelum adam menutup pintu bilik air dengan rapat dia dapat melihat
asha menyapu pipi yang diciumnya tadi. Apa pun yang terjadi die akan berusaha
memiliki hati asha. sejak bila die sayangkan asha die pun tak tahu. Yang pasti
sudah ada cinta di hati adam.
“sayang
nak makan kat mana ni?” Tanya adam.
“
ish.jangan panggil orang sayang la.” Asha menjawab sambil membuat muka yang
masam. Adam hanya tersenyum di tempat duduk pemandu.
“
suka hati la adam nak panggil apa pun. Isteri adam kan. Cakap la nak makan kat
mana?” adam tak habis-habis nak menyakat iasterinya itu. Dia tenang melihat
wajah masam asha.
“
ooo...isteri ya? Baik la encik adam. Isteri awak ni nak makan kat tempat yang
paling mahal kat area sini. Amacam? boleh tak?” terlintas di fikiran asha untuk
mengenakan adam. Nakal sungguh.
“ok.
Wait and see my princess.” Kereta adam memecut laju selepas lampu isyarat
bertukar hijau. Asha hanya menanti kemana hala tuju adam. Bak kata adam, wait
and see. Tanpa diduga kereta BMW milik adam berhenti di hadapan salah sebuah
hotel yang agak mewah kalau dilihat dari seni bina luarannya. Asha merasa kagum
dengan adam yang sanggup mengikut sahaja apa kehendaknya. Kalau ikutkan
keinginan asha, dia lagi suka makan nasi lemak kat warung sahaja daripada makan
di hotel. ‘ermmm..dah lama tak makan kat hotel. Ikut sahaja la. Orang dah
bawak.’ Fikir hatinya diiringi ketawa, tapi dalam hati sahaja la.
“lepas
ni asha nak pergi supermarket. Nak beli barang-barang dapur. Adam bawak tau.”
Asha mula bersuara selepas suapan terakhir berjaya dihabeskannya.
“
ok.lepas sarapan ni kita pergi terus la. Adam nak Tanya sikit boleh?”
“
apa dia?”
“
err..err...teruk sangat ke dapur kat rumah tu?” kali ini ketawa asha pula yang
tersembur. Nasib baik ketika itu asha sudah menelan air kopi yang diminumnya.
Kalu tidak ada la orang yang mandi kopi pagi-pagi ni.
“tak
ada la teruk sangat. Cuma tak ada barang nak masak. Nanti kita beli ye. Boleh
la asha masak tengah hari ni.”
“hah?
Asha nak masak? Boleh masak ke asha ni?” adam sekali lagi ingin mengusik
isterinya itu.
“
cakap baik sikit. Kalau mama tak haling hari tu orang dah masuk master chef dah
tau tak?”
“eleh,
masuk bakul angkat sendiri.”
“
ok. Tak percaya tak pe. Adam tengok la sendiri nanti.” Jawab asha sambil
menjelirkan lidahnya.
*********
Kereta milik adam telah selamat sampai di pasaraya Carrefour. Mereka seiringan masuk ke dalam pasaraya tersebut. Asha merasa seperti angan-angan menjadi nyata. Dulu dia selalu berangan untuk datang ke pasaraya bersama suami yang disayangi. Bersama-sama membeli barang-barang keperluan. Tapi dia tidak pula pernah berangan yang suaminya itu adalam adam. Namun begitu dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang prihatin dan yang paling penting taat perintah allah. Pagi2 lagi adam telah mngejutkan asha untuk sama-sama solat subuh. Pertama kali asha solat subuh berimankan suaminya. Memang adam suami yang prihatin, baik tapi sayangkah adam pada dirinya? Dia sudah mula tertanya-tanya. Dia takut andai dia belajar untuk menyayangi adam, adam pula yang tidak dapat menerima sayangnya.
Semasa
asha sedang memasak di dapur adam hanya menonton televisyen di luar. Bukannya
adam tidak mahu menolong tapi asha yang melarang. Bukan melarang sebenarnya
tapi lebih kepada di halau keluar dari dapur disebabkan adam sekali lagi
mencium pipi asha semasa asha sedang menggoreng ayam tadi. Berani betul adam.
“
adam! Jom makan. Dah siap dah.”
“ok.
Kejap sayang.” Asha sudah malas nk melarang adam memanggilnya dengan panggilan
sayang. Suatu hari adam asyik dengan panggilan itu sahaja. Semakin dilarang
semakin dibuat. Biarkan la. Lagi pun asha merasa disayangi bila dipanggil
begitu. Oh, apakah rasa ini?
Pada minggu berikutnya asha sudah mula bekerja di company milik adam. Seminggu lewat daripada tarikh adam habis bercuti. Asha diperkenalkan kepada staf-staf di syarikat tersebut. Adam sendiri yang memperkenalkan asha. sewaktu sesi perkenalan itu, tangan adam asyik memeluk pinggang asha sahaja. Naik rimas asha dibuatnya. Bukannya aku nk lari pun. Nak disuruh lepas takut terasa hati pulak. Asha telah ditempatkan di dalam bilik bersebelahan dengan bilik adam. Maklum la, engineer merangkap setiausaha bos.
Tiba-tiba
asha terdengar ketukan di pintu biliknya.
“masuk”
“hai
sayang.” Adam menyapa mesra isterinya lalu duduk di kerusi menghadap asha. asha
hanya tersenyum.
“tadi
papa ada call. Dia ajak kita makan malam kat umah dia.”
“
oh. Okay. Kita nak pergi pukul berapa?”
“
lepas kerja kita balik rumah kejap. Kita mandi-mandi dulu. Lepas tu kita pergi
la. And, asha bawak la baju untuk kerja esok. Kita tidur kat umah papa. Asha
tak kisah kan?”
“
asha okay ja. Tak kisah pun.” Jawab asha sambil tersenyum mesra. Bahagianya
adam rase disaat bersama dengan isterinya ini. Jauh disudut hatinya
mengharapkan agar allah membuka pintu hati asha untuk mencintainya. Dia akan
menanti walau sampai bila-bila pun.
Adam duduk menikmati angin malam di meja batu di halaman rumah papanya. Banyak betul bintang pada malam ini. Sungguh indah rasanya andai saat ini dinikmati bersama keluarga tersayang.
“hai,
kat sini rupanya. Patut la tengok kat dalam bilik tak ada. Ni asha ada buatkan
air. Minum la.”
“hai,
sayang. Thanks buatkan air” adam meneguk air itu dan tidak semena-mena air utu
tersembur dari mulut adam. Asha sudah tergelak sampai keluar air mata.
“
ya allah. Sayang.. apa yang sayang letak dalam air ni?”
“
garam la. Tak kan la tak rase masin.” Asha menjawab sambil ketawa yang masih
bersisa. Adam bangun dari kerusi dan menuju ke arah asha. asha lari
meninggalkan adam dan adam mengejar asha. akhirnya adam berjaya memeluk asha
dari belakang. Asha sudah terperangkap di dalam pelukan kemas adam. Kedua-dua
mereka ketawa sampai mengejutkan encik ridzuan yang berada di tingkat atas
rumahnya. Encik ridzuan tersenyum bahagia melihat telatah adam dengan asha.
“sayang.”
Panggil adam ketika asha masih di dalam pelukannya.
“ye
abang.” Jawab asha. adam terkejut. Sumpah dia terkejut. Dia memandang wajah
asha mencari kepastian.
“kenapa?
Tak percaya?” Tanya asha sambil membalas renumgan mata adam. Terlihat sinar
cinta di situ. Adam tersenyum bahagia. Terasa sungguh bermakna malam ini. Bulan
dan bintang menjadi saksi ikatan cinta dua hati. Siapa kata cinta perlu masa
yang lama untuk berputik?
“abang..”
“ye
sayang.”
“
asha sejuk.”
“
nak suruh abang peluk kuat lagi ke?” adam masih sempat berguarau.
“abang
ni. Kalau iya pun nak manja-manja jangan la kat luar ini. Nanti orang Nampak.”
Asha sengaja mahu menancing suaminya itu.
“
jom masuk sayang. Abang mengantuk la.”
“amboi.
Tiba-tiba je. Kejap la. Asha nak tengok bintang ni.”
“sayang.
Nak main tarik tali pulak. Jom la.”
“
jom pergi mana? Jom heboh?” jawab asha bersahaja.
“
jom la masuk bilik sayang.”
“
buat apa kat bilik?”
“
buat baby.” Jawab adam sambil ketawa. Muka asha sudah merah. Malu.
“abang!”
“ok la.jom masuk. Kesian sayang abang ni.
Sejuk ea.” Asha tersenyum manja. Romantiknya. Asha sudah mula membiarkan rasa
sayang itu bercambah di dalam hatinya. Biar la. Dia harus belajar menghargai
apa yang ada di depan matanya. Kedua-dua mereka melangkah masuk kedalam rumah
itu. Akhirnya malam ini milik mereka berdua.
***********
“asha..bangun sayang..kenapa tak siap lagi ni? Sayang nak pergi kerja dengan abang kan?” Tanya adam kepada asha apabila pelik melihat isterinya yang tidur balik selepas solat subuh tadi. Selalunya asha akan menyiapkan sarapan untuk mereka sebelum mereka bersama-sama pergi kerja.
“asha
rase tak sedap badan la abang. Asha cuti boleh tak bang?” lemah betul suara
asha ketika itu.
“
kenapa ni sayang?” Tanya adam sambil menyentuh dahi asha.panas.
“asha
demam ni. Kita pergi klinik ye sayang?”
“tak
pa abang. Nanti okay la sakit ni. Lepas ni asha makan ubat. Abang pergi la
kerja dulu. Asha mintak maaf tak dapat nak siapkan breakfast abang.”
“
betul ke asha taka pa-apa ni? Abang risau la nak tinggal asha.” adam mula risau
melihat keadaan asha yang lemah itu. Kalau bukan disebabkan ada mesyuarat yang
penting di syarikat mana mungkin dia akan meninggalkan asha sendiri di rumah.
“asha
tak apa-apa. Abang pergila kerja. Hari ni abang ada meeting penting kan.”
“okay.
Nanti kalau ada apa-apa asha call abang tau.” Pesan adam dengan berat hati.
“
okay. Abang jangan risau.”
“okay.
Abang pergi dulu. Assalamualaikum.” Adam mengucup dahi dan pipi isterinya
sebelum berlalu pergi. Sempat asha mencium tangan suaminya itu. Di pejabat adam
tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya ketika di dalam meeting itu kerana
risaukan keadaan asha. disebabkan itu adam telah ditegur oleh papanya kerana
syarikatnya hampir terlepas suatu projek yang sangat tinggi nilainya. Selepas
selesai mesyuarat tersebut, adam terus mencapai telefon bimbitnya dan mendail
nombor asha.
“
hello, assalamualaikum abang.” Asha menjawab.
“
waalaikumussalam. Asha, kejap lagi abang balik.”
“awalnya?”
“abang
saja nak balik awal. Tertekan la kat office ni.”
“kenapa
ni?”
“
tak apa la. Nanti balik abang cerita. Bye asha.”
“
bye.” Belum sempat asha memberi salam adam telah mematikan panggilannya.
‘kenapa dengan adam ni?’ asha tertanya-tanya di dalam hatinya. Bila
mengingatkan yang suaminya akan pulang asha tersenyum bahagia. Ada sesuatu yang
harus diberitahu kepada adam.
“assalamualaikum.”
Salam yang diberi hanya sebagai memenuhi syarat sahaja. Lansung tidak
bersemangat. Tak tahu kenapa tetapi adam merasa lansung tidak ada mood. Mungkin
disebabkan kejadian dia dimarahi oleh ayahnya di pejabat tadi.
“waalaikumussalam”
asha menjawab salam adam dan terus menyalami tangan suaminya itu. Penuh ceria
wajahnya pada hari ini. Beg di tangan adam berpindah tangan sebelum kot dibadan
adam ditanggalkan.
“abang
duduk dulu ye, asha pergi buatkan air.” Tanpa sepatah kata adam terus
melabuhkan punggungnya di atas sofa. Asha pelik melihat keadaan suaminya hari
ini. Selalunya adam akan sentiasa tersenyum kepadanya apabila pulang dari
kerja. Penat agaknya kot.
“abang..minum
la..asha buatkan abang kopi. Abang mesti penat kan..macam mana meeting td?”
asha berusaha sedaya upaya untuk menceriakan mood suaminya. Namun hampa. Adam
mengambil cawan kopi itu dan meminumnya. Alangkah terkejutnya asha apabila air
yang diminum oleh adam tersembur keluar.
“asha!
kenapa dengan kau nih? Tak habis-habis nak main-main. Kau ingat sikit. Kau tu
dah kahwin. Perangai macam budak-budak.!” Jerkah adam.
“kenapa
ni abang? Apa asha dah buat?” asha membuka kata dengan penuh persoalan. Kenapa
tiba-tiba sahaja adam berkelakuan sebegitu?
“dah
xreti nak beza ke mana satu garam, mana satu gula? Blaja tinggi-tinggi sampai
university.garam dengan gula pun tak reti nak beza. Kau faham tak aku balik
kerja penat-penat? Kau nak main-main lagi.” Cawan yang td diletak di atas meja
ditolak jatu ke lantai oleh adam. Asha hanya diam tidak terkata. Air mata tidak
dapat ditahan lagi. Laju sahaja air mata itu mengalir bagaikan mengerti sendu
di hati asha. adam meninggalkan asha yang masih berdiri tidak berganjak dari
tempat tadi dan menuju ke bilik. Asha masih lagi bingung. ‘garam? Bila pula aku
letak garam dalam kopi tu?’ asha pun tidak pasti kenapa dia boleh tersalah
masuk. Mungkinkan kerana terlalu gembira dan teruja membuatkan dia lalai?
Asha
menuju ke dapur untuk mengambil kain lap untuk membersihkan air kopi yang
tumpah tadi. Hatinya masih terluka. Kenapa adam sanggup memarahinya sampai
begitu sekali? Besar sangatkah salahnya? Selepas selesai mengelap lantai, asha
duduk di meja batu di halaman rumahnya. Mengambil angin petang sambil mengubat
hati. Air matanya mengalir lagi apabila teringatkan peristiwa tadi.
Setelah
selesai mandi adam duduk ddi birai katil dan memikirkan apa yang telah
dilakukannya td. Marahkah asha pada dirinya sehingga tidak menunggunya di dalam
bilik ketika dia sedang mandi? Kebiasaannya asha akan menanti adam mandi dan
setelah selesai asha lah yang akan menghulurkan tuala kepada adam. Tiba-tiba
adam dipukul rasa bersalah. Sedang asyik memikirkan peristiwa itu, mata adan
tertancap pada satu bungkusan di atas meja di tepi katilnya. Tertera suatu kad
si situ yang ditulis ‘untuk abang’. Adam mengambil bungkusan tersebut dan
membukanya. Alangkan terkejutnya adam apabila melihat terdapat alat menguji
kehamilan dalam bungkusan itu dan keputusannya positif. Adam berasa sangat
gembira tetapi menyesal di atas apa yang berlaku sebentar tadi. ‘ya allah. Apa
aku dah buat ni? Aku bersalah ya allah. Aku kejam terhaddap isteri aku.
Ampunkan aku ya allah.’
Adam
terus berlari keluar bilik dan mencari di mana asha. adam memanggil-mangil nama
asha sambil menuruni tangga namun tiada jawapan.adam semakin resah. Dia melihat
dari luar tingkap dan melihat susuk tubuh asha di luar. Tidak semena-mena
bibirnya menguntum senyuman. Adam terus berlari menuju ke arah asha. alat
menguji kehamilan itu masih kejap dalam genggaman adam.
“asha..asha
sayang.” Adam memanggil asha dengan penuh mesra. Asha terkejut dengan layanan
adam yang berubah secara tiba-tiba. Namun asha sentiasa cuba memberitahu
dirinya bahawa setiap tindakan adam pasti mempunyai sebab.
“abang..asha
mintak maaf abang. Asha tak sengaja campurkan garam dalam air abang. Asha pun
tidak pasti macam mana asha boleh tertukar.” Asha cepat-cepat menjelaskan
situasi sebenar. Takut juga kalau-kalau adam masih marah.
“
tak apa sayang. Abang yang patut minta maaf dengan sayang. Abang tak patut
marah sayang sampai macam tu. Abang xpatut buat asha sampai macm tu. Abang
menyesal sangat2 sayang. Abang dah rase kehilangan asha bila asha xhulurkan
abang towel tadi. Asha jangan tinggalkan abang ya sayang. Abang janji abangtak
buat lagi. Abang janji abang akan jaga asha dengan anak kita dengan baik.” Adam
mengucapkan kata-kata itu sambil tangannya mengusap lembut perut isterinya itu.
Asha yang terkejut dengan tindakan adam itu memandang adam penuh tanda Tanya.’
Macam mana adam boleh tahu ni?’
“kenapa?
Terkejut abang dah tahu?” adam yang mengerti pandangan mata asha itu hanya
tergelak melihatnya. Adam menunjukkan alat menguji kehamilan yang diletaknya ke
dalam poket sebentar td. Asha hanya tersenyum melihatnya.
“ini
la yang asha ckp ada sesuatu nk bgtahu abang tu ya?” adam bertanya kepada sha
apabila teringatkan perbualan mereka di telefon ketika adam masih di pejabat.
“ya
la. Tp abang balik muka masam macam cuka. Lepas tu marah asha lagi.tak jadi la
nak bgtahu. Ingat nak bagi tahu lepas abang dah mandi tu. Asha sendiri yang nak
bagi bunggusan tu. Tengok. Abang dah rosakkan rancangan asha. tak suka.” Asha
sudah mencebikkan bibirnya. Merajuk la konon. Adam hanya tersenyum melihat
gelagat isteri kesayangannya itu. Pipi lembut asha dicubut manja. Terjerit
kecil asha dibuatnya.
“maafkan
abang sayang,”
“asha
dah maafkan abang dah. Asha kan sayang abang.”
“abang
pun sayang asha. sayang sangat-sangat.” adam menarik asha ke dalam pelukannya.
Asha merasa sangat bahagia di saat ini.








