Wednesday, February 29, 2012

masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
Pada waktu itu sekuntum senyumanmu
membuat aku layu

Masihkah kau ingat
kata-kata mesra kita lafaz bersama
pada detik itu hati menjadi rindu

masihkah kau ingat
pertama kali kita bersua
satu pelukan hangat ku hadiahkan buatmu

masihkah kau ingat
kita melangkah menuju pantai sambil hujan turun
hati kita bersatu

masihkah kau ingat
kita melafaz janji setia bersama
lalu kau mengucup tanganku

masihkah kau ingat
jarak waktu memisahkan kita
bila bertemu kita lpaskan rindu..

masihkah kau ingat
titisan air mata ini mengiringi pergimu
lalu kau berkata kau hanya milikku

masihkah kau ingat
impian yg kita bina atas dasar cinta
membuat aku yakin bahawa hanya aku dihatimu

masihkah kau ingat
Ia menjadi mimpi dan menjadi rindu
tersemat di kalbu

masihkah kau ingat
kenangan yg lalu
                                                             masihkah kau ingat??

No comments:

Post a Comment