"suatu ketika dahulu, hidup saya sunyi sangat...bukan tiada teman-teman tetapi jiwa terasa kosong sehinggalah pada suatu hari saya ditakdirkan bertemu dengan seekor burung..burung yang patah sayapnya..tak mampu terbang tinggi..hidupnya ibarat terperangkap dengan luka lalu..saya telah menjadikan burung itu sebagai peneman dalam hidup saya..saya merawat lukanya..saya cuba membuat dia berasa bebas..walaupun saya sangat sayangkan die tetapi saya xpernah mengurungnya dalam sangkar kerana saya tahu dia masih terluka..saya merawat lukanya dengan penuh kasih sayang..dengan penuh belaian mesra dan manja..saya beri yg terbaek yg saya mampu agar dia bahagia..saya xsanggup melihat jiwanya menangis...
lama-kelamaan lukanya semakin sembuh tp parutnya tetap kelihatan..saya xmampu nak hilangkan parut itu..banyak benda yang saya cuba..tetapi saya tetap gagal..pada suatu hari, burung itu terbang meninggalkan saya..saya tertanya-tanya..apa salah saya?? rupa-rupanya xsemua burung sukakan belaian mesra..mungkin kerana burung itu sudah biasa hidup bebas..sekarang saya kembali keseorangan..pada awal pemergian burung itu saya sentiasa merindui dia...setiap malam air mata saya mengalir..betapa saya mengharapkan kehadirannya dikala itu...sekarang saya sudah mampu berdiri walaupun kadang-kala masih lemah..saya xkesah..sekurang-kurangnya burung itu pernah warnai hidup saya..saya nak dia bebas sebebas-bebasnya...saya nk dia jumpa kebahagiaan di luar sana..sampai bila saya nk kurung die demi kebahagiaan saya kan..xpew..terbanglah...saya sayang die..."

No comments:
Post a Comment