assalamualaikum...
sebagai manusia, aku tidak terlepas daripada menjalani kehidupan di mana aku telah menyusahkan banyak pihak...sejak hari pertama aku dilahirkan sehinggalah saat jari-jemari aku meniti di atas kekunci menaip bingkisan ini..aku manusia biasa..banyak melakukan kesilapan..namun aku mahu semua tahu bahawa aku tidak pernah berniat untuk menjadi pelaku itu..apa pilihan yang aku ada? tidak ada apa2 yang aku mampu lakukan..kesalahan itu aku lakukan tanpa aku sedar..apabila sahaja aku mula tersedar, sudah ada yg terluka..sudah ada yg menderita...hidup aku bukan sebatang kara..aku punya keluarga, kawan-kawan dan juga ramai kenalan..pernah aku punya seseorang yg aku cinta..mereka adalah insan-insan yang sangat hebat..malah paling hebat di mata aku...
kepada family, (mama, adik-adik, along)
dari aku dilahirkan, aku byk menyusahkan mama dan abahku..malah sebelum kelahiran aku juga, mama ku telah banyak merasa susah..aku sygkan mereka semua..terlalu syg..aku sanggup melakukan apa sahaja hanya untuk melihat senyuman diwajah mereka..namun, semakin hari semakin payah untuk melihat senyuman itu..mama..semakin dibebani dengan tanggungjawab selepas kematian abah..adik bongsu aku..aku tahu, dia rindukan belaian seorang ayah..kehilangan seorang ayah disaat melihat kawan-kawan dibelai manja oleh ayah sangat memberi tamparan buatnya..along..terpaksa menjalankan tanggungjawab sebagai anak yang paling tua dalam keluarga....syukur..along masih tidak lupa kepada kami walau sudah agak senang dengan kehidupan....dan, seorang lagi adikku..seorang remaja lelaki dimana dunianya dipenuhi dengan segala dugaan yang hebat2..rokok..lepak...sedarla wahai adik..semua itu tidak kemana..berbaktilah pada keluarga walaupun sedikit pengorbanan itu, tetapi tinggi nilainya dimata allah..dan aku..seorang gadis biasa...punya cita-cita untuk membahagiakan keluarga...bersabarlah sayang...insyaallah..kebahagiaan milik hamba-hambaNya yang sabar...
kepada kawan-kawanku,
aku sayang mereka semua..disaat aku berjauhan dengan keluarga merekalah yang menjadi dinding untuk aku bersandar apabila langkah mulai lesu...aku tahu aku bukan seorang sahabat yang baik..tapi bagi aku kamulah yang terbaik...kita ketawa bersama..menangis bersama..tiada yang lagi indah dr memori itu..sahabat, genggamlah cita-cita kita bersama...kejarla selagi langkah kita masih kuat...selagi kudrat masih ada..selagi badan masih bernyawa...kita pegang cita-cita keluarga...berjuang la demi itu...
kepada insan yg bertakhta dihati..,
maafkan aku kerana aku bukanla yang terbaek...aku hanya mementingkan kebahagiaan sendiri..bila aku punya masalah kamu yang menjadi mangsa amarah..aku cuma mahu kamu tahu...sepanjang aku mengenali kamu ada satu penyesalan...aku menyesal kerana aku menjadi punca semua ini terjadi...namun aku ingin mnyatakan dengan sepenuh hati bahawa mengenali kamu bukan lah suatu penyesalan bg aku..kamu adalah insan yang aku sayang dan yang aku cinta...kamu bukan insan biasa...dahulu aku sayang kamu..sekarang aku sayang kamu dan selamanya aku sayang kamu...semoga ada jodoh antara kita...insyaAllah..

No comments:
Post a Comment